fbpx

Operasi cari mangsa jatuh Jambatan Sungai Kerian disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Kerian.

PARIT BUNTAR – Operasi diteruskan hari ini bagi mencari seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Kerian di Jalan Abdul Raof dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, identiti mangsa berumur 43 tahun itu dikenali sebagai Jasudass.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, operasi melibatkan seramai 37 anggota bomba dan dibantu pelbagai agensi.

Menurut jurucakap itu, turut membantu ialah Pasukan Penyelamat Di Air, Unit K9 dan Pasukan Polis Marin.

“Pencarian mangsa ditumpukan pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Kita mengunakan kaedah pencarian pada permukaan sungai di lokasi kejadian dan melibatkan pasukan penyelam bomba,” kata jurucakap tersebut

Operasi turut dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau, BBP Bagan Serai, BBP Nibong Tebal dan sukarelawan bomba Parit Buntar.

Gerakan pencarian diketuai PBK I Ahmad Rossyed Isa yang juga Ketua BBP Parit Buntar. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI