fbpx

‘Maleficent’ selesai vaksin dos ke-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat pelakon Sharisa Haris dengan kostum karakter 'Maleficent' ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Rembau, bagi mendapat dos kedua vaksin jenis Pfizer menarik perhatian ramai. - Ihsan Sharisa Haris

TAMPIN – Gelagat pelakon Sharisa Haris dengan kostum karakter ‘Maleficent’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Rembau, bagi mendapat dos kedua vaksin jenis Pfizer menarik perhatian ramai.

Sharisa berkata, dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan orang ramai terutamanya petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar.

Menurutnya, keputusan memakai kostum berkenaan juga dibuatnya selepas dia rindu untuk kembali menghiburkan orang ramai memandangkan kali terakhir terlibat dalam aktiviti penggambaran adalah pada penghujung tahun 2019 menerusi drama bersiri Adellea Sofea.

“Rasa rindu nak ‘in character’ hiburkan orang ramai, jadi saya fikir untuk dos ke-2 pagi ini, saya tampil dengan kelainan memakai kostum ‘Maleficent’. Kostum ini saya jahit sendiri, tanduknya pula saya beli secara online dan tongkatnya saya beli di kedai RM2. Solekan pun saya buat sendiri.

“Sebaik sampai sahaja, banyak yang kelihatan teruja, malah ada juga petugas PPV terdiri daripada pasukan paramedik ingin merakamkan gambar kenangan untuk dikongsi bersama keluarga masing-masing,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Sharisa berkata, pemilihan kostum berkenaan dibuat susulan dia sangat meminati pelakon, Angelina Jolie, bukan hanya disebabkan bakat lakonan, bahkan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh selebriti antarabangsa itu tanpa mengira agama serta warna kulit.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI