fbpx

MKH sumbang bakul makanan kepada 80 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumbangan bakul makanan dari syarikat MKH Berhad kepada 80 keluarga pelajar yang terjejas akibat Covid-19 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kira-kira 80 keluarga pelajar dari golongan berpendapatan rendah (B40) dari dua buah sekolah sekitar Kajang menerima sumbangan bakul makanan dari syarikat MKH Berhad di sini hari ini.

MKH dalam satu kenyataan berkata, bantuan bakul makanan tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘MKHCare’ kepada golongan masyarakat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Sebanyak 40 keluarga dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) Kajang dan Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu masing-masing menerima barang keperluan harian seperti makanan dan keperluan dapur bernilai RM16,000.

“Dalam pada itu, MKH turut menyumbang wang tunai sebanyak RM10,752 kepada Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Bandar Hillpark Puncak Alam di bawah Program ‘Charity 4 Hillpark’ bagi memenuhi keperluan barangan harian untuk 100 buah keluarga penduduk di sekitar Bandar Hillpark,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penolong Kanan (Pentadbiran) Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu, Hasida Ali berkata, program sumbangan sebegini sememangnya sangat dialukan oleh pihak sekolah dalam usaha membantu keluarga B40 dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19 ini.

“Terima kasih kepada pihak MKH kerana sudi memberi bantuan kepada ibu bapa sekolah ini”, ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar, SJKT Kajang, S.Bijealachemy berkata, sumbangan bakul makanan tersebut sangat bererti bagi keluarga pelajar di sekolahnya memandangkan ramai dalam kalangan mereka terjejas pendapatan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI