fbpx

Lebih 20,000 pokok ditanam ganti musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (empat dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang di perkarangan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan di sini hari ini.

KUANTAN – Lebih 20,000 pokok hutan pelbagai spesis ditanam di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub yang sebelum ini pernah diceroboh pekebun durian musang king.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menggerakkan petugas jabatan itu dan sukarelawan daripada badan bukan kerajaan untuk proses tanam semula tersebut.

“Tindakan ini bukan satu usaha baharu, malah kita sedang menuju sasaran bagi menanam satu juta pokok di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri sudah menggerakkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Pengarah JPNP, Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin bagi memastikan rancangan dan aktiviti penanaman pokok tersebut dapat direalisasikan.

Sementara itu, Wan Rosdy memberitahu, kerajaan negeri yakin akan beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara dalam masa terdekat berikutan sudah mencapai nilai ambang dalam setiap indikator yang ditetapkan.

“Kita sudah mencapai lebih 40 peratus penduduk memperoleh vaksin lengkap iaitu seramai 480,000 orang selain kadar jangkitan komuniti dan pesakit di unit rawatan rapi yang rendah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI