fbpx

Depay selamatkan maruah Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY (kanan) meledak gol penyamaan ketika Barcelona terikat 1-1 menentang Bilbao di San Mames awal pagi semalam. – AFP

BILBAO – Gol sulung Memphis Depay dalam saingan La Liga berjaya menyelamatkan pasukan itu daripada tewas apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang Athletic Bilbao di Stadium San Mames awal pagi semalam.

Depay berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan Inigo Martinez pada minit ke-50 menerusi satu sepakan voli menarik ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Justeru, jurulatih Barcelona, Ronald Koeman gembira de­ngan aksi ditampilkan barisan pemainnya biarpun ketiadaan Lionel Messi yang berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).

“Saya tidak suka untuk bercakap mengenai perkara yang sudah lepas, namun saya percaya pasukan lawan mungkin lebih gentar sekiranya Messi masih ada bersama kami.

“Jika Messi masih di sini, kami sukar hilang bola tetapi hari ini (semalam) pemain-pemain ba­nyak hilang bola, terutamanya pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, itulah yang perlu diterima,” kata beliau.

Pada masa sama, bekas pe­ngendali skuad antarabangsa Belanda itu juga enggan menyalahkan pemain pertahanan, Eric Garcia yang dilayangkan kad merah pada penghujung permainan kerana menganggap pemain tersebut masih terkesan dengan pemergian datuknya.

“Dia (Garcia) sangat profesional kerana masih mahu bermain selepas mendapat berita kematian datuknya. Saya harap dia boleh menangani situasi ini de­ngan baik serta kembali fokus,” ujar Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI