fbpx

Covid-19 tidak halang pelaksanaan daftar pemilih automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pendaftaran umur mengundi 18 tahun tidak seharusnya dilengah-lengahkan meskipun negara berdepan dengan situasi Covid-19.

Peguam Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar berhujah, pandemik yang melanda negara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menangguhkan pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun kerana pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian.

Beliau menghujahkan, jika pendaftaran tidak boleh dijalankan secara maya sekali pun, pengundi-pengundi yang mencapai umur 18 tahun masih boleh melakukannya di pejabat pos.

Hujah Gurdial, pendaftaran pemilih secara automatik (AVR) perlu dipercepatkan bagi membolehkan pengundi muda melaksanakan haknya jika pilihan raya umum diadakan pada bila-bila masa ekoran ketidaktentuan hala tuju politik negara dalam tempoh tiga tahun.

Mahkamah sedang mendengar permohonan semakan kehakiman 18 anak muda bagi mendapat perisytiharan agar Undi 18 dijalankan secara automatik.

Mereka menamakan Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden-responden.

Pemohon-pemohon merupakan sebahagian daripada Gerakan Undi 18 dan terlibat dalam pindaan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan berhubung penurunan had umur mengundi minimum.

Hujah Gurdial, kerajaan sebelum ini mengumumkan proses AVR dijangka dapat dilaksanakan bulan lalu iaitu dalam tempoh dua tahun selepas pindaan undang-undang diluluskan pada 25 Julai 2019.

Sehubungan itu, hujahnya penangguhan oleh SPR akan mewujudkan situasi yang tidak munasabah kerana ia menafikan hak anak-anak muda untuk mengundi, sedangkan mereka layak dinamakan sebagai calon pilihan raya pada usia 18 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI