fbpx

Bisnes online harungi pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iskandar dan isterinya, Rosliatulakma melancarkan produk sendiri dalam suasana ekonomi mencabar akibat pandemik.

PETALING JAYA – Pengalaman adalah guru yang sangat bernilai bagi seseorang ketika mendepani kehidupan dan bagi golongan usahawan, jatuh bangun dalam perniagaan wajib dilalui untuk memperoleh kejayaan lebih cemerlang pada masa depan.

Bohonglah jika seseorang usahawan itu tidak diuji dengan cabaran yang mendewasakan dan mematangkan kerana ia membolehkan mereka mempelajari kesilapan lalu lantas bangkit semula untuk terus berjuang.

Bagi Pengasas syarikat Rosliatul Resources, Iskandar Zul Fikri Azahar, 30, pengalaman berniaga dalam tujuh hingga lapan bidang sebelum ini membuatkannya semakin kuat dan berani mencuba bisnes yang lama diidamkan iaitu mengeluarkan produk sendiri.

Berniaga seawal usia 20 tahun dengan menjual air minuman di tepi jalan sebelum beralih kepada pengedaran vape dari China secara besar-besaran sehingga ditipu pembekal melibatkan kerugian hampir RM15,000 tidak melemahkan semangat juang beliau untuk mengusahakan kedai makan di Perak.

Bisnes yang diusahakan bersama isterinya, Rosliatulakma Mohamad Anuar, 28, itu berjaya mendapat sambutan menggalakkan sehinggalah pandemik Covid­-19 mula merebak di Malaysia.

Sedikit demi sedikit impak wabak maut itu memberi kesan kepada perniagaan, bagaimanapun pasangan muda ini telah memiliki pelan yang dirancang lebih awal iaitu menjual produk sendiri dan mempromosikannya secara dalam talian.

Iskandar di restorannya di Perak yang sering kali dipenuhi pengunjung sebelum wabak pandemik melanda.

Ternyata ia satu langkah kanan buat mereka dan soko­ngan modal daripada simpanan berniaga membolehkan kajian serta pembangunan produk bagi menurunkan berat badan yang berkesan secara semula jadi itu dapat dijalankan.

Produk Juszcut dicuba sendiri isteri Iskandar yang mengalami masalah berat badan berlebihan sejak kecil dan sebelum ini Rosliatulakma pernah mencuba pelbagai produk lain di pasaran.

“Keberkesanan produk yang berjaya menurunkan beratnya sehingga 21 kilogram dalam masa tiga bulan ini membuatkan kami bersemangat untuk membawa­nya ke pasaran secepat mungkin.

“Tetapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak suku pertama tahun lalu mengekang perancangan kami sehinggalah ia akhirnya berjaya diperkenalkan di pasaran pada bulan Julai lalu,” kata Iskandar dalam sesi temu bual yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Menurut Iskandar, Juszcut bertindak dengan membantu mengurangkan selera makan, membolehkan penggunanya sentiasa berasa kenyang, memberi tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, malah membantu mengurangkan masalah sembelit.

Menyedari lambakan produk menurunkan berat badan di pasaran, pasangan ini optimis Juszcut yang ditawarkan pada harga RM99 sekotak memiliki keunikan tersendiri kerana cara pengambilannya yang mudah kerana ia boleh dimakan secara terus daripada sachet selain mudah di bawa ke mana-mana.

“Keberkesanan produk ini dalam menurunkan berat badan mengikut tahap kesihatan individu membolehkan kami mengumpul pelbagai testimoni positif yang menarik.

“Perolehan jualan juga sema­kin meingkat dan disebabkan itu, kami mahu menambah lebih ramai pengedar di seluruh negara untuk meluaskan penguasaan pasaran,” jelasnya.

JUszcut disediakan dalam sachet kecil yang mudah dibawa ke mana-mana.

Iskandar memberitahu, buat masa ini syarikat memiliki hampir 10 stokis utama dan mahu menambah sehingga 100 ejen termasuk di negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Menggunakan platform media sosial untuk memasarkan produk bagi memenuhi trend semasa, syarikat juga mengambil pendekatan menawarkan ganjaran bernilai kepada pengedar berdedikasi yang mencatat jualan tinggi.

“Ganjaran diberi berdasarkan jualan bulanan dan tahunan serta buat mereka yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

“Lebih istimewa, kami turut memberi elaun tunai antara RM100 dan RM300 kepada ejen setiap bulan bersandarkan kepada jumlah jualan. Melaluinya, pendapatan bulanan seorang ejen boleh mencapai sekitar RM1,500 hingga RM4,500,” ujar­nya.

Ditanya tentang harapan beliau terhadap produk dan perniagaan tersebut yang kini semakin menampakkan hasilnya, Iskandar berharap dapat membantu lebih ramai orang yang mungkin buntu akibat pandemik kerana diberhentikan kerja atau dipotong gaji.

“Kami mahu membantu mengubah kehidupan golongan yang terjejas dengan menjemput mereka menyertai keluarga Juszcut untuk bersama-sama membangunkan empayar perniagaan ini dan meraih hasil lumayan setiap bulan.

“Latihan serta bimbingan akan diberi, syarikat mahu membantu seramai mungkin usahawan baharu kerana kami percaya rezeki bukan milik kami semata-mata, sebaliknya ia milik Tuhan dan haruslah dikongsi bersama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI