fbpx

Kerjasama Straits, D1 teroka potensi pengkomputeran awan serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khin Choy (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian MoA antara SCS dengan D1 di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA- Straits Energy Resources Berhad (Straits) melalui anak syarikatnya Straits CommNet Solution Sdn Bhd (SCS) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Digital One Solutions Terhad (D1) untuk meneroka potensi usaha sama dalam industri pengkomputeran awan serantau.

Melalui MoA tersebut, SCS dan D1 akan bekerjasama dan membentuk syarikat usaha sama bagi mengambil bahagian dalam teknologi awan dan meneroka peluang perniagaan pengkomputeran di Malaysia dan seluruh rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Sunny Ho Khin Choy berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama tersebut kerana D1 adalah sebuah syarikat perkhidmatan awan dan perisian terulung yang memacu transformasi pendigitalan perusahaan dengan platform awan terkemuka di dunia.

“D1 diterajui oleh pasukan pakar pengkomputeran awan yang sangat berpengalaman dari Hong Kong, Macau dan Taiwan yang membuktikan keupayaan mereka dalam memanfaatkan teknologi awan untuk inovasi digital dan memacu transformasi proses perniagaan, sekali gus membantu melengkapkan kekuatan kami dalam perniagaan perkhidmatan telekomunikasi dan rangkaian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis menandatangani MoA tersebut di Kuala Lumpur semalam.

Khin Choy menerangkan, dengan kerjasama D1, pihaknya kini berada pada kedudukan yang strategik untuk memanfaatkan peningkatan permintaan sumber pengkomputeran awan tempatan dan rantau ini.

“ Ia sekali gus melengkapkan perniagaan sedia ada SCS yang memberi tumpuan kepada mempercepatkan pendigitalan dan ketersambungan rangkaian di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan D1 berhubung butiran kerjasama itu dan menyasarkan untuk memuktamadkan perjanjian tidak lama lagi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI