fbpx

Jika terambil, mohon pulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kejadian yang dimuat naik di dalam perkongsian berkenaan. FOTO / FACEBOOK VIRAL PERAK

IPOH – Seorang lelaki memohon jasa baik sesiapa yang terambil telefon pintar Iphone 11 milik adiknya yang terlibat dalam kemalangan di Tambun di sini agar mengembalikannya.

Meor Mohammad Noriman memaklumkan adiknya, Muhammad Amirul yang bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda mengalami kemalangan ketika bertugas.

Melalui perkongsian pada laman Facebook Viral Perak, katanya, telefon berkenaan mengandungi gambar kenangan adiknya bersama arwah ibu mereka yang meninggal dunia Julai lalu.

“Adik saya Muhammad Amirrul (Am) baru saja kemalangan di Tambun semasa ingin menghantar/ pulang makanan (Foodpanda).

“Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis Iphone 11 di lokasi kejadian harap dapat mengembalikan semula,” katanya.

Dia juga meminta orang ramai agar mendoakan adiknya selain memaklumkan mereka sekeluarga kehilangan ibu pada 10 Julai lalu.

“Untuk makluman, kami sekeluarga baru sahaja kehilangan emak Siti Sariah Sayed Idun pada 10.7.2021 dan segala gambar kenangan bersama arwah ada dalam telefon tersebut.

“Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI