fbpx

96 peratus guru di Johor sudah terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM 2020 dalam program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM 2020 di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 45,448 orang atau 96.26 peratus guru di seluruh Johor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang memberitahu, bakinya iaitu seramai 1,767 orang guru atau 3.74 peratus masih belum divaksin.

“Berdasarkan statistik, seramai 23,746 orang atau 50.29 peratus guru di negeri ini sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin dan ini merupakan satu perkembangan baik.

“Sehingga kini kumpulan guru telah memberi komitmen baik terhadap penerimaan vaksin berkenaan,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 12 pelajar daripada kampung tersebut yang terdiri daripada keluarga B40 mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan SPM 2020.

Menurut statistik, seramai 779 orang guru menolak untuk divaksin, manakala 12 belum mendaftar serta dua orang tidak mengemaskini data mereka.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI