fbpx

16 individu leka berjudi tahan, dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMPASAN alatan perjudian termasuk sehelai kain tertera gambar duit syiling, ayam, ketam, labu, udang dan ikan, piring dan mangkuk kecil, dua biji dadu serta wang tunai RM11,376.

PORT DICKSON – Seramai 16 indvidu yang sedang leka berjudi ditahan dan dikenakan kompaun dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lukut di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 74 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada pukul 9 malam.

“Sebaik tiba, pasukan serbuan masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci sebelum terlihat sekumpulan lelaki dan perempuan sedang duduk mengelilingi sebuah meja di bahagian dapur rumah disyaki bermain judi.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis merampas satu plastik  kanvas tertera gambar duit syiling, ayam, ketam, labu, udang dan ikan, satu piring kecil, satu mangkuk kecil, dua biji buah dadu serta wang tunai sebanyak RM 11,376,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, 16 suspek yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita itu turut dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit (Ordinan Darurat 2021) kerana tiada penjarakan fizikal dan menganjurkan perjudian.

“Kesemua tangkapan termasuk penghuni rumah itu dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat juga mendapati suspek mengaku bermain judi jenis “Holokoi” malah semakan rekod mendapati tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah,” katanya.

Tambah Aidi Sham, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana disyaki bermain judi di dalam bangunan.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI