fbpx

Buangan sisa terjadual, klinikal paling tinggi di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Negeri Selangor mencatatkan buangan terjadual tertinggi sebanyak 1.019 juta tan metrik pada tahun 2019 dengan sumbangan 25.4 peratus kepada keseluruhan 4.013 juta tan metrik buangan terjadual bagi tahun sama.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, di peringkat nasional, antara industri yang menyumbang kepada buangan terjadual yang dihasilkan pada tahun berkenaan adalah aktiviti loji janakuasa dengan sumbangan 24.2 peratus.

“Ini diikuti pengilangan logam (12.2 peratus), industri kimia (10.7 peratus) serta elektrik dan elektronik (10.1 peratus),” katanya dalam kenyataan laporan Statistik Alam Sekitar 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Pada masa sama, beliau mendedahkan, Selangor turut mendominasi buangan klinikal sebanyak 7,300 tan metrik berbanding negeri lain.

Katanya, sisa klinikal dijangka meningkat secara signifikan kerana meningkatnya jumlah kes positif Covid-19 pada tahun lalu.

“Peningkatan kes positif Covid-19 ini seiring dengan peningkatan tenaga kerja di kemudahan kesihatan dan pusat kuarantin yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan volum sisa klinikal,” katanya.

Buangan terjadual dan buangan klinikal merupakan kategori di bawah sisa yang tersenarai dalam Jadual Pertama Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI