fbpx

Permaidani masjid buatan Turki rosak ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Masjid Tengku Menteri Matang ditenggelami air banjir sedalam 1.5 meter hari ini.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Kejadian banjir yang menenggelamkan laman Masjid Tengku Menteri di Matang dekat sini semalam turut menyebabkan permaidani masjid berharga RM54,000 rosak teruk.

Permaidani buatan Turki itu dipasang di masjid berkenaan tahun lalu menerusi sumbangan kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Masjid Tengku Menteri, Mohd. Khiruddin Abdul Halim berkata, pembelian tikar permaidani itu adalah hasil daripada peruntukkan wang kerajaan negeri sebanyak RM30,000.

Menurut beliau, tambahan kira-kira RM24,000 mengerusi wang kutipan orang ramai termasuk khariah.

“Tak sampai pun setahun permaidani itu digunapakai di masjid ini, kini telah rosak akibat ditenggelami air banjir dari sungai Larut.

“Air yang masuk ke dalam masjid sedalam 1.5 meter menyebabkan permaidani ini rosak teruk, hanya apabila air surut kita boleh andaikan nilai kerosakan,” ujarnya.

Masjid yang dibina pada tahun 1886 itu mampu memuatkan 500 jemaah dan menjadi kegunaan penduduk tiga buah kampung serta kawasan perumahan berhampiran.

Kejadian banjir itu juga menyebabkan 25 keluarga dari Kampung Sungai Rentaka Matang, Kampung Changkat Baru dan Kampung Jebong Kiri dipindahkan malam tadi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI