fbpx

Jangan berkumpul di kawasan tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilangan penduduk keluar untuk melihat kesan kemusnahan akibat kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai, hari ini.

YAN – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan kawasan tragedi kepala air di Gunung Jerai di sini sebagai sebagai pusat berhimpun bagi mengelakkan penularan Covid-19 di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, semua pihak perlu sedar bahawa daerah ini masih lagi berada dalam zon merah.

Katanya, setakat ini pihaknya mengambil pendekatan untuk menasihati mana-mana pihak yang berhimpun supaya bersurai secara baik.

“Kita memang menerima aduan berhubung perkara itu dan telah menghantar pasukan untuk menyuraikan mereka. Usaha ini turut dibantu oleh Jabatan Penerangan dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM)

“Perlu diingat, daerah ini masih berada dalam zon merah. Buat masa ini kita masih mengambil pendekatan untuk nasihat, namun jika keadaan berlarutan atau ada pihak yang berdegil, tak mustahil kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI