fbpx

Bekas pemandu lori dihukum gantung bunuh isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satvender ( depan ) ketika hadir prosiding keputusan membunuh isteri dan anaknya di Mahkamah Tinggi, hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Perbuatan kejam seorang bekas pemandu lori membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan pada lima tahun lalu mendapat balasan setimpal apabila dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Satvender Singh, 35, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya menjelaskan keterangan tertuduh bahawa kejadian itu disebabkan rompakan tidak boleh diterima kerana tiada wujud unsur sedemikian termasuk rumusan daripada pegawai penyiasat kes.

“Hasil pemeriksaan pada 11 anak kunci tidak menunjukkan ada kunci pendua atau sepadanan pada mangga yang dikatakan dipotong semasa kejadian.

“Tambahan, ahli patologi menyatakan tulang rawan isteri tertuduh patah sedangkan tiada sebarang paksaan pecah masuk dengan tertuduh adalah orang terakhir di rumah tersebut semasa kejadian,” tegasnya.

Satvender yang duduk di kandang tertuduh dengan memakai baju sejuk warna hitam berbelang putih dilihat tenang sebaik hukuman dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya, Ishilyn Kaur Sandhu, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14 April 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Sementara itu, adik mangsa dikenali Riyaa ketika ditemui di luar galeri mahkamah bersyukur apabila kebenaran dan keadilan berhubung kematian kakak dan anak buahnya itu terbukti menerusi keputusan mahkamah. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI