fbpx

Sekolah Cina di Perak dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan kepada pengurusan Suwa secara dalam talian di Ipoh hari ini.

IPOH – Sembilan buah sekolah persendirian Cina (Suwa) di negeri ini menerima sumbangan bantuan pendidikan berjumlah RM1.8 juta daripada kerajaan Perak.

Bantuan tersebut sebahagian daripada peruntukan RM8.1 juta kepada pelajar sekolah-sekolah aliran kebangsaan, vernakular dan swasta yang diumumkan dalam Bajet Perak 2021 sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, setiap setiap Suwa menerima peruntukan sebanyak RM200,000 dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 guru dan pelajar.

“Ini adalah komitmen berterusan kerajaan negeri sejak bertahun-tahun selain meluluskan remitan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah pada kadar norminal RM 10 per lot setahun.

“Bantuan pendidikan ini bagi mengurangkan kekangan kewangan pengurusan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan SUWA Negeri Perak, secara atas talian di sini hari ini.

Tiga buah SUWA di Ipoh iaitu Sekolah Menengah (SM) Shen Jai, SM Yuk Choy dan SM Poi Lam serta dua buah SUWA di Daerah Manjung iaitu SM Nan Hwa dan SM Yik Ching merupakan antara penerima bantuan ini.

Manakala empat buah lagi adalah SM Pei Yuan, Kampar, SM Tsung Wah, Kuala Kangsar, dan SM San Min, Teluk Intan, dan Sekolah Tinggi Hua Lian, Taiping. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI