fbpx

Maqis tahan kontena bawa 200 kotak susu dari Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
200 kotak susu dari Dubai yang ditahan Maqis Selangor.

KLANG – Cubaan membawa masuk 200 kotak susu dari Dubai tanpa permit sah gagal selepas dikesan di Pelabuhan Barat, semalam.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berkata, rampasan susu bernilai RM928.51 dilakukan hasil rutin pemeriksaan pihaknya terhadap sebuah kontena di pelabuhan itu.

“Berdasarkan semakan mendapati kontena tersebut sudah berada di pelabuhan berkenaan sejak 3 Ogos lalu dan susu itu untuk pasaran tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Maqis menasihati agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di negara ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI