fbpx

[VIDEO] Penyu kembali bertelur di Pantai Batu Burok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor penyu agar betina yang mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Setelah 16 tahun ‘merajuk’ akhirnya penyu kembali mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok di sini semalam.

Seekor penyu agar betina seberat kira-kira 100 kilogram (kg) tersebut dilihat mendarat di pantai peranginan tersebut berhampiran Hotel Primula pada pukul 6.50 petang.

Seorang saksi, Che Muktar Bakar, 57, yang juga Pengarah Politeknik Besut berkata, beliau teruja melihat kelibat seekor penyu agar betina mendarat sewaktu sedang berjogging di kawasan pesisir pantai tersebut.

“Haiwan reptilia itu naik secara perlahan-perlahan menuju ke arah pantai dengan mengibas kedua-dua sayapnya sebelum mengorek pasir untuk bertelur.

“Saya melihat proses penyu itu bertelur dari jauh sehingga waktu Maghrib (7.21 malam) dan difahamkan haiwan reptilia itu hanya turun semula ke laut pada pukul 8 malam (tadi),” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Baru Burok di sini semalam.

Sementara itu, seorang aktivis pemuliharaan penyu, Rani Awang berkata, proses mengutip 50 biji telur penyu agar terbabit selesai sepenuhnya pada pukul 11 malam tadi.

Pengasas Konservasi Penyu Marang yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) pemuliharaan penyu memberitahu, kesemua telur penyu berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pegawai Jabatan Perikanan negeri.

“Saya tidak menolak kemungkinan faktor kualiti pantai yang semakin bersih dan tenang tanpa hiruk-pikuk manusia ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong haiwan reptilia itu kembali untuk bertelur,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI