fbpx

Entiti tayang ‘anu’ pada pemburu hantu wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayangan alat sulit lelaki (dalam bulatan) dipercayai milik entiti mistik yang dirakam oleh dua pemburu hantu wanita di sebuah bar di New Orleans. - INSTAGRAM/TWO GIRLS ONE GHOST

NEW ORLEANS, Louisiana – Dua pemburu hantu wanita terkejut apabila menyedari mereka merakam kelibat bahagian sulit lelaki dipercayai milik entiti mistik ketika berada di sebuah bar di New Orleans, Amerika Syarikat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut salah seorang wanita tersebut yang dikenali sebagai Corrine, gambar seram itu dirakam di  premis John Laffite Blacksmith Bar. Bar itu menjadi lokasi popular kepada pemburu  makhluk halus.

“Agak kelakar apabila menyedari kemunculan zakar itu di belakang tempat kami sedang duduk.

“Jika ada yang bertanya adakah kami menemui  hantu, jawapannya adalah tidak tetapi kami berjaya merakam alat sulitnya,” kata Corrine.

Dia dan rakannya memuat naik gambar tersebut di laman Instagram rasmi mereka dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan itu.

“Tidak sangka hantu juga pandai bergurau apabila pemburu hantunya ialah dua wanita cantik,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Sangat jelas penampakan zakar lelaki di situ,” komen seorang lagi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI