fbpx

Ahli Parlimen diminta namakan seorang calon PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen diminta oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi satu notis memberitahu, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format tertentu, ia harus mempunyai beberapa butiran di dalamnya.

Antara butiran tersebut, katanya, identifikasi Ahli Parlimen yang secukupnya, identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli Parlimen tersebut serta penyataan kepercayaan yang jelas, terang dan tanpa syarat.

“Surat akuan yang berhormat hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya Rabu, 18 Ogos 2021 sebelum pukul 4 petang untuk perhatian Kolonel Datuk Nazim Mohd. Alim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong,” katanya hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI