fbpx

43 kes varian Delta dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 43 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan di negara ini yang kesemuanya melibatkan Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (India) (B.1.617.2).

Berdasarkan lampiran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, ia dikesan bermula 10 Ogos hingga hari ini di Selangor dengan 38 kes serta Kuala Lumpur dengan lima kes menerusi kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 710 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta (Afrika Selatan) dan 14 kes varian Alpha (United Kingdom) manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta (Filipina), empat kes varian Kappa (India) dan tiga kes varian Eta (Nigeria),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI