fbpx

Waris rider maut kemalangan terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUAD Alias (dua, dari kiri) menyerahkan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat kepada isteri Allahyarham Azreeq, Nurakhbarina, di Kota Seriemas, Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Waris kepada penghantar makanan FoodPanda yang maut dalam kemalangan di Nilai, dekat sini pada 11 Ogos lalu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.

Ia selepas didapati mangsa, Azreeq Azri, 26, merupakan Orang Berinsuran (OB) dengan pertubuhan berkenaan.

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alias berkata, hasil semakan, waris kepada Allahyarham Azreeq layak menerima dua jenis faedah daripada Perkeso.

Jelasnya, bayaran faedah berkenaan adalah Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Pencen Penakat (Pencen Bulanan) dan Faedah Orang Tanggungan (Pencen Bulanan) SPS yang akan dibayar kepada isteri Allahyarham iaitu Nurakhbarina Azman,23.

“Selepas siasatan dan semakan dijalankan, waris mangsa akan menerima sejumlah RM2,000 bagi FPM manakala bagi Faedah Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan bayaran pertama dijangka akan diterima bermula pada awal bulan depan.

“Faedah yang diterima berikutan arwah pernah bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat sebelum diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 dan bekerja sebagai penghantar makanan FoodPanda. Oleh itu, isteri arwah layak untuk menerima dua faedah berkenaan seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Perkeso di kediaman waris Allahyarham di Kota Seriemas, Nilai dekat sini hari ini.

Menurutnya, isteri waris juga akan mendapat pencen penakat yang merupakan Skim Keilatan Akta 4 Perkesom dan Faedah orang tanggungan di bawah skim pekerjaan sendiri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI