fbpx

Ahli UMNO perlu istiqomah sokong parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri meminta kesemua kepimpinan dan pendokong parti itu di setiap peringkat cawangan serta bahagian terus bersatu, setia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

Seramai 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam satu kenyataan berkata, seluruh Ahli Parlimen dan kepimpinan parti digesa mematuhi dan mempertahankan keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Meminta agar semua ahli parti terus istiqamah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas perbincangan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri diadakan hari ini.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Ir. Hasni Mohamad, Datuk Saarani Mohamad, Datuk Seri Azlan Man, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Ab. Rauf Yusuh, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Tan Sri Noh Omar. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI