fbpx

Kampung Bukit Cina kena PKPD akibat kes wanita Thailand bergejala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA –  Bermula kes wanita warga Thailand awal bulan ini, Kampung Bukit Cina di Terengganu bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti itu terletak dalam Mukim Pasir Akar, Daerah Besut dan telah merekodkan 55 kes Covid-19.

Kes indeks bagi kluster komuniti Bukit Cina ini daripada seorang wanita Thailand yang berusia 64 tahun dan disahkan positif wabak itu hasil saringan individu bergejala pada 8 Ogos lalu.

Turut diwartakan serentak sehingga 30 Ogos depan ialah Tapak Bina Spanish Garden, Daerah Kinta, Perak dan Kampung Lela Jasa, Mukim Olak Jeram, Jajahan Kuala Krai, Kelantan.

Selebihnya di Sabah yang meliputi Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur dan Kampung Tambulaung di Kota Belud serta Taman Megah Jaya di Tawau.

Sementara itu ujar Hishamuddin, hanya satu lokaliti di negeri tersebut yang sepatutnya tamat PKPD esok, namun lagi iaitu Kampung Tagibang, Kota Marudu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI