fbpx
NANA MAHZAN bersama suaminya, Mohammad Raqeem Brian Abdullah berkongsi tentang perubahan imejnya yang kini sudah bertudung.

Giliran Nana Mahazan pula tampil berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Nana sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami, Mohammad Raqeem Brian Abdullah.

Ketika menjawab pertanyaan pengikutnya tentang imej berhijab, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu berkata dia sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara perubahan yang sedang dijalani kini.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,” katanya.

Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia percaya sesuatu perubahan tidak akan terjadi sebelum tiba masanya.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa perubahan perlukan masa dan inilah harinya.

“Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,” kata pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan itu.

Suaminya, Brian ketika mencelah berkata, dia tidak pernah mendesak isterinya ke arah ‘berhijrah’ dan lebih selesa memberi ruang kepada Nana untuk bersedia jika sudah tiba masanya.

“Bagi saya, asalkan Nana sendiri dah bersedia nak memakai tudung, saya okey saja untuk terus memberi sokongan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah pun memakai tudung dengan rela hati,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa artis wanita mengambil keputusan untuk tampil dengan imej berhijab antaranya pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha Saywho, Betty Rahmad dan penyanyi, Fieya Julia. -K! ONLINE

POPULAR