fbpx

11 aktiviti dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 PPN esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai emas antara aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi berkuat kuasa esok.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa esok.

Kemudahan sektor ekonomi itu adalah tambahan kepada kemudahan sektor sosial yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai aktiviti ekonomi itu ialah seperti berikut:

1. Kedai cuci kereta,
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10. Kedai barang kemas
11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Beliau berkata, terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik persalinan pakaian.

“SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya.

Katanya, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 masing-masing bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya.

Negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN buat masa ini ialah Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain Wilayah Persekutuan Putrajaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI