fbpx

Ibu tertua dunia terpaksa besarkan anak sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erramatti sedih kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya selepas kematian suami Oktober tahun lalu. – SWNS

NEW DELHI – Seorang wanita yang mencatat sejarah sebagai ibu paling tua di dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan pada usia 73 tahun dua tahun lalu, terpaksa membesarkan anak-anaknya bersendirian, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Erramatti Managayamma berkata, dia berdepan cabaran tersebut susulan kematian suaminya akibat serangan jantung pada Oktober tahun lalu.

Menurut Erramatti, dia dan mendiang suaminya, Raja Rao berkahwin pada 1962. Pasangan itu menunggu 57 tahun untuk bergelar ibu dan bapa apabila anak kembar mereka selamat dilahirkan pada 5 September 2019.

Erramatti hamil melalui persenyawaan luar rahim (IVF) selepas mengetahui tentang kaedah tersebut daripada jirannya.

Menurut akhbar Hindustan Times, Erramatti mengalami putus haid 25 tahun lalu dan tidak lagi boleh menghasilkan sel telur, manakala sel telur penderma lain digunakan untuk disenyawakan dengan sperma mendiang suaminya.

Memandangkan kelahiran normal adalah sukar bagi individu seusia Erramatti, bayi kembarnya dilahirkan menerusi pembedahan ceasarean.

Selepas berjaya melahirkan bayinya, Erramatti berkata bahawa dia sangat teruja.

“Saya tidak mampu mengungkapkannya dengan kata-kata. Bayi ini telah melengkapkan saya.

“Kini, tiada sesiapa boleh menggelar saya mandul lagi,” katanya.

Biarpun bergelar ibu tunggal, wanita itu berkata, dia melantik ahli keluarganya yang lain untuk menjaga anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya.

“Saya mahu lihat anak-anak saya membesar dan telah memilih ahli keluarga untuk menjaga mereka sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada saya,” katanya. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI