fbpx

Usaha sama MARii, Pekema bangunkan infrastruktur EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerjasama MARii dan Pekema bakal membangunkan 1,000 stesen pengecas menjelang tahun tahun 2025. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Me­layu Malaysia (Pekema) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) dan pemerkasaan rantaian nilai EV di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, MARii, Datuk Madani Sahari berkata, melalui usaha sama tersebut, sebanyak 1,000 ste­sen pengecas akan dibina di seluruh negara menjelang 2025.

Menurutnya, kedua-dua pihak juga akan membangunkan aplikasi kesalinghubungan yang merangkumi e-pembayaran, carian stesen pengecas, sistem pengurusan bateri dan rangkaian pusat servis bagi ekosistem pengecasan EV.

“Ini merupakan pencapaian penting hasil daripada kerjasama pihak awam dan swasta bagi merealisasikan penglibatan rakyat di dalam teknologi nilai tinggi,” kata­nya dalam kenyataan.

Madani menjelaskan, aktiviti pembangunan tersebut akan diselaraskan melalui Pusat Kecemerlangan EV yang bakal ditubuhkan.
Pusat Kecemerlangan EV akan membolehkan penyela­rasan dan integrasi ekosistem pengecasan bagi memenuhi keperluan pengguna.

Ia juga beroperasi sebagai pusat sokongan lepas jualan dan melaksanakan latihan, pembaikan, waranti, khidmat nasihat, komunikasi, pemasaran serta jalinan usaha sama strategik di dalam bidang berkaitan kenderaan elektrik

Sementara itu, Presiden Pekema, Zainuddin Abdul Rahman menerangkan, seba­nyak 11 stesen pengecas te­lah dibina tahun ini.
Pekema juga komited untuk membangunkan pusat per­khidmatan lepas jualan dan mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI