fbpx

[DIKEMASKINI] Remaja 12 hingga 17 tahun kini boleh divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluas dalam kalangan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun mulai 15 September depan.

Perkara itu disahkan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Twitter hari ini selaras dengan pekeliling bertarikh 12 Ogos 2021 yang ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung pelaksanaan vaksinasi bagi kumpulan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun.

Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan vaksinasi dalam kalangan golongan remaja itu melibatkan semua individu berumur 16 hingga 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

“Selain itu, remaja berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu juga dibenar mendapatkan vaksinasi,” katanya.

Katanya, perincian pemberian dan kaedah pelaksanaan vaksinasi Covid-19 kepada kumpulan itu akan diumumkan minggu depan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Sementara itu, Noor Hisham menerusi surat pekeliling itu berkata, implementasi pemberian imunisasi terhadap kumpulan remaja tersebut adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang akan dibuat di tiga lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih.

Beliau berkata, lokasi berkenaan ialah PPV khas (SPPV) di hospital-hospital dan institusi perubatan, PPV di klinik kesihatan atau PPV yang telah dikenal pasti selain melalui program jangkauan imunisasi di sekolah. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI