fbpx

Pereka dalaman rugi RM36,496 ditipu tawaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pereka dalaman berusia 27 tahun mengalami kerugian RM36,496 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sebagai ejen jualan Go Shop yang diiklankan di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 9 Ogos lalu ketika mangsa melayari laman soial Facebook di rumahnya dekat Sungai Lui, Raub.

“Mangsa melihat satu iklan tawaran kerja sebagai ejen jualan Go Shop di akaun Facebook dan telah menekan pautan yang disediakan sebelum disambungkan ke aplikasi WhatsApp.

“Dalam perbualan melalui WhatsApp itu, mangsa diberitahu boleh menggunakan nama Michelle sebagai ejen jualan namun perlu membayar harga barangan ditawarkan dan sekiranya barangan terjual, mangsa akan menerima komisen lima peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir mangsa telah membuat tujuh transaksi pemindahan wang melalui dalam talian ke dua akaun atas nama dua individu berbeza berjumlah RM36,496 dalam tempoh semalaman.

Katanya, selepas membuat semua pemindahan wang mangsa masih tidak menerima apa-apa bayaran daripada suspek menyebabkan mangsa berasa tertipu dan tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya mangsa dengan tawaran kerja tidak wujud di laman sosial Facebook sehingga mendorong mangsa memasukan wang dan mengalami kerugian,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI