fbpx

Remaja 16 tahun punca PKPD di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kampung Kubang Sawa dalam jajahan Tumpat di Kelantan antara 14 lokaliti yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas merekodkan 24 kes Covid-19.

Jangkitan tercetus daripada seorang remaja berusia 16 tahun yang bergejala sebelum disahkan positif pada 29 Julai lalu sekali gus mewujudkan Kluster Pekerja Industri Jalan Tunjong.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, turut dilaksanakan PKPD di negeri itu ialah Kampung Chenerai, Kampung Lubok Kawah, Kampung Pohon Tanjung, Kampung Pak Jak dan sebahagian Kampung Landar di Jajahan Pasir Mas.

Di Pahang, PKPD dilaksanakan di Kampung Bongkok, Bera dan Kampung Gadak, Rompin, manakala di Sarawak pula, ia meliputi kuarters pekerja Sri Datai Mining di Mukah selain di Sabah iaitu Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud; Kampung Pengiran, Sipitang; Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu serta kilang dan kuarters Bumi Timber dan Kosinar di Keningau.

“Empat lokaliti di empat negeri yang sepatutnya berakhir PKPD esok, namun disambung lagi meliputi Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Kedah; Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, Kelantan; Kampung Gambaron 2, Telupid, Sabah serta Amber Court dan tapak bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands, Bentong, Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI