fbpx

Bukan susu sendiri, tapi kawan saya punya – Syatilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syatilla menjelaskan kekeliruan yang timbul berkenaan isu susu badan melibatkan bayi Shuib, Ayash Affan.

PETALING JAYA – Pelakon Syatilla Melvin tampil menjelaskan kekeliruan dan salah faham berkenaan dirinya yang dikatakan mahu menjadi ibu susuan kepada bayi pelawak Shuib Sepahtu.

Menurut Syatilla, sebenarnya dia hanya menyampaikan hasrat rakan baiknya yang mahu membantu Shuib sekiranya dia memerlukan susu badan buat bayinya, Ayash Affan yang berusia seminggu.

“Mungkin dalam keadaan dia (Shuib) yang masih lagi bersedih dan sugul, dia hanya membaca mesej secara sekali imbas sahaja.

“Jadi dalam sesi live (siaran langsung) semalam, ramai netizen yang fikir saya yang menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada Ayash.

“Anak saya yang bongsu pun sudah berusia dua tahun setengah, jadi amat mustahil untuk saya masih ada susu badan,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Jelas Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin lagi, dia juga ada mamuat naik tangkap layar perbualan asal dia bersama Shuib dalam Instagramnya sekali gus menjelaskan salah faham yang berlaku.

Ditanya adakah dia akan melakukan perkara sama dengan menjadi ibu susuan, Syatilla, 30, memberitahu dia pernah memberi susu badannya kepada mereka yang memerlukan setiap kali melahirkan cahaya mata.

“Alhamdulillah sewaktu melahirkan kedua-dua anak, susu badan memang banyak sampai saya ada beri kepada beberapa ibu yang ketiadaan susu untuk keperluan bayi mereka.

“Tapi itulah kesilapan saya kerana saya tidak tahu dan kenal secara peribadi individu yang saya berikan susu badan sebelum ini. Niat saya hanya mahu bersedekah dan memudahkan urusan orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib menzahirkan kekeliruan apabila memikirkan saranan pihak hospital agar bayinya hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin perlu diberikan susu ibu.

Shuib memberitahu, antara individu yang menawarkan diri untuk memberikan susu badan kepada anaknya ialah isteri pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla.

Isnin lalu, Siti Sarah yang hamil tujuh bulan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI