fbpx

Helang Merah sedia rebahkan Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL SHARIN (tengah) berharap semua pemain terbaiknya dapat diturunkan dalam tiap perlawanan bermula dengan aksi menentang Selangor di Stadium Darul Aman, Alor Setar Jumaat ini.

PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA FC) sudah tidak sabar kembali beraksi buat kali pertama menentang Selangor FC dalam kancah Liga Super selepas tamat menjalani kuarantin selama dua minggu sebelum ini.

Skuad KDA FC diarahkan ‘bercuti’ seketika selepas terdapat penularan kes Covid-19 dalam kalangan pasukan sehingga lima perlawanan yang sepatutnya diharungi tertangguh.

Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, barisan pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal selain memastikan tiada lagi kes positif Co­vid-19 berlaku pada masa depan.

“Pasukan memahami MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) telah sedaya upaya membantu Kedah dalam hal ini dengan cuba me­lakukan rayuan agar pemain yang positif sahaja dikuarantin.

“Namun, arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dihormati dan wajib diikuti dalam soal kuarantin pemain serta pegawai.

“Kami harap tidak ada lagi berlaku kes positif Covid-19, bukan sahaja membabitkan Kedah tetapi mana-mana pasukan lain kerana banyak rombakan terpaksa dilakukan kerana terpaksa dikuarantin.

“Mengenai jadual perlawanan, saya akui memang tiada pilihan buat Kedah selain mengharungi jadual yang telah disusun MFL biarpun nampak ketat.

“Apa yang pasti, saya harap semua pemain terbaik dapat diturunkan dalam tiap perlawanan yang kita harungi bermula dengan aksi bertemu Selangor pada Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Skuad Helang Merah ketika ini menduduki tangga keempat dengan 26 mata selepas mengharungi 13 perlawanan dan memiliki kelebihan lima aksi berbanding pasukan pesaing yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI