fbpx

Sijil digital vaksin palsu mula dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di Facebook berhubung penjualan sijil digital vaksinasi menerusi platform media sosial.

PETALING JAYA – Sijil digital pengesahan individu telah lengkap disuntik vaksin Covid-19 dikesan mula dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Menerusi perkongsian Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Noor di Facebook, sijil digital tersebut dijual pada harga RM15 dan memaparkan maklumat penerima sijil berkenaan.

Antara maklumat tersebut termasuklah gambar pemilik sijil digital serta tarikh dan lokasi dos vaksin diberikan.

“Sudah mula dijual di atas talian. Kalau orang ramai dibenarkan buat kad pengenalan sijil vaksin ataupun mencetak sendiri sijil vaksinasi, macam mana pihak berkuasa nak kenal antara yang tulen dan palsu?,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak berkuasa perlu melakukan semakan ketulenan sijil digital tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera padanya.

Bagaimanapun, Mohd. Rushdan berkata, masalah yang akan timbul adalah kesukaran bagi pihak berkuasa untuk melakukan semakan terperinci.

“Takut tak menang tangan,” katanya bagi membalas komen seorang pengguna Facebook di ruang hantarannya tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu melakukan persiapan mencukupi dan melaksanakan kelonggaran yang dicadang diberikan kepada individu yang telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook. Md. Adhanizam Buyong berkata, penjualan sijil digital palsu itu berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu yang pertama adalah ekoran permintaan tinggi.

“Kedua, permintaan tinggi sebab kerajaan janjikan boleh rentas daerah, dine-in, boleh pergi kerja dan boleh bercuti serta duduk di hotel.

“Jika tiada permintaan, penipuan sijil vaksinasi ini pasti tiada sebab tak ada keistimewan selepas terima dua dos vaksin,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI