fbpx

47 lagi kes varian dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 47 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 melibatkan Variant of Concern (VOC) dikesan melalui kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 46 kes varian Delta (India) (B.1.617.2) dan satu kes varian Beta (Afrika Selatan) (B.1.351).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 667 kes. Sejumlah 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat 209 kes varian Beta, 424 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha (United Kingdom) manakala, bagi VOI terdiri daripada 13 kes varian Theta (Filipina), empat kes varian Kappa (India) dan tiga kes varian Eta (Nigeria). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI