fbpx

KL City menang selepas lima kali seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL CITY akhirnya menikmati kemenangan menewaskan PJ CIty kelmarin selepas seri dalam lima perlawanan berturut-turut sebelum ini. - FB KUALA LUMPUR CITY

KETUA jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak masih belum berpuas hati dengan ketajaman jentera serangannya selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC dalam aksi Liga Super malam kelmarin.

Begitupun, Bojan mengakui, lega dengan keputusan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu kerana ia adalah kemenangan pertama The City Boys selepas sekadar seri lima perlawanan berturut-turut sebelum ini.

“Bahagian pertahanan dan tengah bermain dengan baik kerana saya rasa PJ City tidak mempunyai peluang dalam tempoh 90 minit. 

“Namun, saya tidak faham dengan bahagian serangan kerana melepaskan banyak peluang termasuk sepakan penalti. Perkara yang sama terjadi ketika menentang Sabah dan Melaka (United).

“Namun, tiga mata ini amat penting walaupun cuma menjaringkan gol. Saya gembira juga kerana kami tidak bolos dalam perlawanan ini,” katanya.

Kapten KL City, Paulo Josue muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-31 untuk kembali mencetak kemenangan sejak kali terakhir merasai tiga mata ketika menentang Penang FC pada 4 Mei lalu.

Sementara itu, pengendali PJ City, P. Maniam kecewa kerana gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata beraksi di tempat lawan.

“Kami patut dapat satu mata tetapi kami tak jaringkan gol daripada peluang yang ada. Malangnya, pihak lawan menghukum kami disebabkan beberapa kesilapan,” jelasnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI