fbpx

Hampir 3 juta suri rumah bakal terima manfaat SKSSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 2.99 juta golongan suri rumah di negara ini dijangka akan memperoleh manfaat menerusi pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang akan dibuat Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri M.Saravanan dalam satu kenyataan berkata, seramai 150,000 suri rumah daripada isi rumah miskin dan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) akan dilindungi menerusi skim berkenaan manakala penyertaan adalah secara sukarela bagi suri rumah lain.

Beliau berkata, buat masa ini, draf Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah sedang diperhalusi bersama KSM dan Jabatan Peguam Negara sebelum mendapat kelulusan Jemaah Menteri untuk pembentangan di Parlimen dalam masa terdekat.

“Perlindungan keselamatan sosial ini adalah perlu bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan suri rumah memandangkan fungsi dan tugas mereka amat penting dalam institusi kekeluargaan dan pembangunan negara lebih-lebih dalam pandemik Covid-19,.

“Selain itu, peranan serta tanggungjawab mereka semakin mencabar dengan amalan norma baharu seperti bekerja dari rumah (BDR) dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di rumah (PdPR),” katanya hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI