fbpx

16 penjaja dikenakan tindakan sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang disita MPS selepas penjaja gagal mematuhi arahan walaupun telah diberi notis pada 6 Ogos lalu.

SELAYANG – Sebanyak 16 penjaja dikenakan tindakan sita atas kesalahan meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam di medan selera Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, tindakan tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan halangan, mengganggu orang awam di kawasan sekitar dan menyebabkan masalah kebersihan.

“Operasi sitaan di medan selera Bandar Tasik Puteri ini telah melibatkan seramai 6 orang pegawai dan 30 orang anggota dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS.

“Sebelum tindakan sitaan dibuat, MPS telah mengeluarkan notis pindah halangan kepada semua penjaja yang terlibat pada 6 Ogos lalu namun gagal dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, MPS ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada penjaja yang gagal mematuhi syarat permit penjaja dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak MPS terutama di kawasan awam.

Tindakan sita terhadap barangan penjaja telah dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja serta Seksyen 46(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI