fbpx
Muhyiddin.

PM ucap tahniah kejayaan Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat perak buat Malaysia menerusi acara keirin basikal trek di temasya Sukan Olimpik Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Beliau menyifatkan apa pun warna kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar itu, ia tentunya memberi makna cukup signifikan kepada negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan.

“Syabas ‘The Pocket Rocketman’. Kejayaan ini tentunya menambahkan keceriaan buat kontinjen negara sebelum temasya sukan tersohor ini melabuhkan tirainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata, seluruh rakyat Malaysia pastinya amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang  ditunjukkan oleh Azizulhasni.

“Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi. Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini.

“Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan anda demi negara,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan syabas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan barisan kejurulatihan serta seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan ini.

Beliau pada masa sama menzahirkan penghargaan kepada semangat dan iltizam yang ditunjukkan Muhammad Shah Firdaus Sahrom,  walaupun berdepan kesakitan yang dialami semasa di peringkat saringan dan suku akhir.

“Saya ingin katakan yang kegagalan mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mematahkan semangat anda.

“Iltizam dan semangat ‘Demi Malaysia’ yang dipamerkan apabila sanggup mengetepikan kesakitan membuktikan anda adalah wira yang perlu disanjungi. Terima kasih Shah Firdaus,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN