fbpx

Pingat perak Azizulhasni banggakan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Azizulhasni bersemangat bersorak pada aksi final keirin Sukan Olimpik Tokyo di rumah mereka di Kampung Nibong Stesen, Dungun hari ini.

DUNGUN – Keluarga Datuk Mohamad Azizulhasni Awang tetap berbangga dengan pencapaian jaguh berbasikal trek negara tersebut yang berjaya meraih pingat perak acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo hari ini.

Abang ipar Mohamad Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad, 36, berkata, mereka percaya beliau telah memberi segalanya untuk melakukan yang terbaik biar pun hajat membawa pulang pingat emas didambakan tidak kesampaian.

“Kami bangga dengan pencapaian Jijoe ( Mohamad Azizulhasni). Malam tadi beliau sempat menghubungi kami sekeluarga.

“Dia memesan kami sekeluarga agar mendoakan kejayaannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Nibong Stesen di sini hari ini.

Mohd. Razman berkata, pencapaian Mohamad Azizulhasni meraih pingat perak patut diraikan dengan penuh kesyukuran kerana ia lebih baik berbanding pingat gangsa yang diterima pada Sukan Olimpik Rio 2016

Dia berkata, Mohamad Azizulhasni sudah pastinya mendedikasi kejayaan pingat perak tersebut kepada ayah mereka, Awang @ Muda Embong, 72, yang kini terlantar sakit akibat strok. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI