SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dikesan sejak dua minggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini berakhir apabila ditangkap pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penangkapan lelaki berusia 60 tahun dan merupakan warga India itu dilakukan pukul 9 pagi di Jalan Batu 8, Bukit Kemuning Seksyen 25 di sini.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pukul 10 pagi esok di Mahkamah Shah Alam.
“Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kosmo! kelmarin melaporkan polis mengesan seorang lelaki warga India bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita berusia 60an di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini, bulan lalu.
Mangsa ditemui dengan kesan cedera di muka dan kepala di belakang deretan kedai di kawasan tersebut kira-kira pukul 7.06 pagi, 26 Julai lalu. – K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














