fbpx

LCW tanya petua awet muda Azizul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Wei (kiri) dan Azizulhasni.

PETALING JAYA – Legenda badminton Datuk Lee Chong Wei berseloroh dengan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang dengan bertanyakan apa rahsia awet muda atlet tersebut.

Menurut Chong Wei di Facebooknya berkata, Mohammad Azizulhasni yang berusia 33 tahun itu sebaya dengan atlet berbasikal Great Britain, Jason Kenny tetapi pelumba berasal dari Terengganu itu kelihatan jauh lebih muda.

“Bro, you sama umur dengan Jason Kenny tu. Tapi kenapa you nampak jauh lebih muda. Apa ramuan bro?,” soal Chong Wei dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran sama, Chong Wei turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian Mohammad Azizulhasni yang berjaya mendapatkan pingat perak menerusi acara Keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Katanya, beliau juga yakin Mohammad Azizulhasni akan memperoleh emas di sukan Olimpik 2024 nanti.

“Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutanmu. Bersorak satu Malaysia pabila kamu menerjah untuk mendapatkan perak. Berbangga satu Malaysia melihat bendera dikibarkan.

“Terima kasih kerana menyatukan kita. Gangsa dan perak you dah ada. I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI