fbpx

Isu saman Nana, Syura, Lan Solo, netizen yang panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

NAMPAKNYA kemelut antara Siti Nordiana atau Nana denggan lima sekawan semakin meruncing.

Minggu ini sahaja, Nana sekali lagi mengejutkan ramai dengan writ saman terhadap Lan Solo, Nur Sheila, Syura, Aida G dan Sam Samin yang menuntut bayaran sebanyak RM500,000 setiap seorang sebagai ganti rugi dengan apa yang telah berlaku.

Disebabkan kes antara mereka berenam, beberapa rakan artis seperti Nubhan dan Zoey Rahman turut menasihatkan agar netizen tidak campur tangan, sekali gus mengeruhkan lagi situasi.

Dalam pada itu, ramai juga pengguna media sosial yang menyuarakan pendapat mereka berhubung kes berkenaan.

Ada yang menyokong tindakan Nana dengan memfailkan saman, namun terdapat juga meminta memohon kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan cara berdamai.

“Bagus kena saman. Jangan suka-suka bukan aib kawan dalam media sosial. Semoga kes ini dijadikan pengajaran,” komen seorang netizen.

“Sebaiknya, selesaikanlah di luar mahkamah. Janganlah panjangkan kes ini,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Itu pendapat mereka, jadi apa pula pandangan anda mengenai hal ini?

Mungkin Nana juga ada sebab kenapa saman terhadap lima sekawan berkenaan diteruskan. Tak sabar pula nak tahu apa keputusan sesi e-review di mahkamah esok!

DIVA: Sakit kepala tonton drama Korea, Penthouse musim ketiga. Semakin banyak plot twist dan babak mengarut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI