fbpx

PRK Kuala Kubu Bharu: Patuhi peraturan, elak sentuh isu 3R -Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kanan) Razarudin (kiri) tiba di Karnival Pencegahan Jenayah kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan rakan strategik serta komuniti setempat di perumahan awam Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan kesemua parti serta penyokong terbabit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu untuk tidak menyentuh sebarang isu 3R (Agama, Raja dan Kaum).

Beliau berkata, sepanjang 12 hari kempen PRK tersebut berlangsung, diharapkan tiada perkara sensitif berlaku sehingga menimbulkan kekecohan atau perkara yang boleh mengancam ketenteraman awam.

“Apa sahaja perkara yang bersifat ‘destructive’ atau tidak baik perlu dielakkan oleh semua pihak.

“Saya berharap semua pihak mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan dan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Karnival Pencegahan Jenayah kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan rakan strategik serta komuniti setempat di perumahan awam Flat Sri Sabah, di sini.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut Saifuddin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah awal menghadapi sebarang kemungkinan pada PRK Kuala Kubu Bharu.

“KPN (Razarudin) telah turun dan berjumpa pegawai polis di daerah itu bagi mengingatkan untuk kekal profesional sepanjang PRK berlangsung.

“Kita menjangkakan keadaan yang rancak dalam suasana kempen yang sedang berjalan” katanya.

Tegas beliau, fokus utama PDRM adalah memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dijaga dalam tempoh semasa dan selepas PRK.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI