fbpx

Aiskrim berperisa seluar jean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiskrim berperisa denim di Jepun mendapat pelbagai reaksi netizen – instagram/@taetaetots

TOKYO – Sebuah klip video tular di media sosial mendedahkan kewujudan aiskrim berperisa seluar jean di Jepun, lapor portal berita Liputan6.

Fenomena aiskrim jean itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang menganggapnya sebagai langkah kreatif yang unik.

Sementara itu, sebilangan netizen lain berasa ingin tahu dan keliru dengan konsep rasa yang luar biasa itu.

Video viral tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok di akaun @taetaetots. Dalam video itu, penguna tersebut menunjukkan dirinya memegang kon wafel yang diisi dengan pusaran ais krim biru.

Video itu menerima lebih 2.6 juta tontonan sehingga kini, malah ramai netizen meninggalkan komen ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perisa aiskrim unik itu.

“Baunya seperti jean segar di kedai. Ya, saya mahu cuba makan itu,” komen seorang netizen.

“Saya pernah cuba menghisap seluar jean ketika berumur lima tahun. Mungkin menu ini (aiskrim) untuk saya,” kata pengguna lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI