fbpx

Gadis dakwa temui piring terbang makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murray bergambar bersama piring terbang yang didakwa milik makhluk asing di belakang rumahnya. - TikTok/allymurray222

FLAGSTAFF, Arizona – Seorang wanita dari negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah menemui piring terbang milik makhluk asing di laman belakang rumahnya, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Ally Murray berjaya menarik perhatian pengguna media sosial apabila memuat naik gambar Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) berbentuk bulat di akaun TikToknya.

“Saya rasa makhluk asing berminat dengan laman belakang rumah saya dan mengambil keputusan meninggalkan kenderaannya di sini,” tulis Murray.

Murray turut meminta mana-mana pengikutnya menjelaskan kegunaan atau fungsi UFO tersebut kerana dia sendiri tidak pasti apakah sebenarnya objek berkenaan.

Namun begitu, kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak percaya dengan foto UFO itu dan beranggapan ia sebenarnya dua piring satelit lama yang dicantum untuk kelihatan seperti piring terbang.

“Saya tidak percaya itu adalah UFO. Ia hanya dua piring satelit lama yang dicantum bersama,” tulis seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI