fbpx
PATI yang ditangkap ketika menunggu bot untuk keluar secara haram dari negara ini.

Dicekup ketika tunggu bot keluar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Hasrat lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup keluar secara haram tidak kesampaian apabila ditangkap di kawasan kebun sawit Jalan Parit 5, Kampung Baru, Sekinchan di sini semalam.

Penangkapan kesemua suspek berusia 21 hingga 32 tahun itu dilakukan pukul 8.30 malam oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam menerusi Op Benteng Covid-19.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, ketika pemeriksaan dilakukan didapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya, siasatan awal mendapati PATI Itu ingin keluar dari negara menggunakan bot melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Hasil siasatan mereka mereka menunggu bot daripada tekong laut yang dijangka kira-kira pukul 1 hingga 2 pagi tadi.

“Bayaran kepada tekong darat dipercayai warga tempatan dianggarkan RM600 setiap seorang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Rizal, kesemua PATI dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1965/1963. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN