fbpx

Chelsea juga mahu rebut peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABRAMOVICH

LONDON – Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan meminta diaturkan satu pertemuan penting bersama wakil bekas pemain Barcelona, Lionel Messi.

Pemain Argentina itu  kini tidak mempunyai kelab setelah dilepaskan oleh Barcelona yang gagal mengikat semula khidmatnya ekoran masalah kewangan kelab selain peraturan yang telah ditetapkan oleh La Liga.

Manchester City, Paris Saint-Germain dilihat menunjukkan minat untuk membawa pemain terbaik dunia itu.

Bagaimanapun, Chelsea dilihat mempunyai peluang untuk mendapatkan Messi apabila PSG berdepan masalah Peraturan Kewangan Adil (FFP) sekiranya meneruskan hasrat untuk mendapatkan pemain itu.

Sementara itu,  City pula sudah membelanjakan £100 juta (RM585 juta) untuk mendapatkan Jack Grealish selain sedang berusaha untuk membawa Harry Kane ke Etihad.

Menurut laporan , Abramovich ingin mendapatkan penyerang itu dan sudah meminta untuk mengadakan perbincangan dengan wakil pemenang enam kali anugerah Balloon d’Or tersebut.

Menurut laporan itu, Chelsea masih meneruskan perbincangan membawa pulang Romelu Lulaku tetapi dalam masa yang sama cuba untuk mendapatkan tandatangan Messi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI