fbpx

420,000 petani, penternak, nelayan mula divaksin 1 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pekerja sektor pelancongan kini terpaksa menjadi nelayan di Langkawi. – SHAHIR NOORDIN Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sejumlah 420,000 individu meliputi petani, penternak, nelayan dan pengusaha industri agromakanan di seluruh negara bakal divaksin bermula 1 September depan.

Menerusi hantaran infografik dalam laman sosial Facebook rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), inisiatif itu akan berlangsung selama empat bulan sehingga 30 November.

“Pihak kementerian telahpun menggerakkan Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) yang bakal dilaksana mulai bulan depan,” kata kenyataan hantaran itu.

Usaha bersepadu itu ujar kementerian bagi melindungi kesejahteraan dan meningkatkan kadar pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan pekerja sektor agromakanan tempatan.

AiVAC diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee ketika berucap sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2021 kelmarin. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI