fbpx

Polis rakam keterangan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan) berucap ketika bersama ahli-ahli Parlimen berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak ke Bangunan Parlimen pada Isnin lalu. - Foto : FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dirakam keterangan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Difahamkan keterangan diambil susulan kehadiran Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam himpunan Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang diadakan di Dataran Merdeka, Isnin lalu.

Pihak polis tiba di Ibu Pejabat PKR di sini kira-kira pukul 11.15 pagi.

Terdahulu, pada Isnin, sejumlah Ahli Parlimen pembangkang berarak untuk memasuki bangunan Parlimen bagaimanapun tidak berjaya apabila disekat polis.

Selain Anwar Ibrahim, antara yang hadir adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI